Sorting by

×

Tokoh UMNO Melaka Datuk Wira Noordin Yaani meninggal dunia

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ALOR GAJAH 20 Mei – Mantan Pengerusi Veteran UMNO Melaka, Datuk Wira Noordin Yaani meninggal dunia di Hospital Alor Gajah di sini kira-kira jam 6.20 petang tadi.

Pemergian tokoh politik Melaka itu disahkan oleh cucu saudara Allahyarham yang juga Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan.

Beliau ketika dihubungi berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 81 tahun dan jenazahnya dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Pengkalan.

“Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah pada jam 9 pagi esok sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelemak,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Sri Pengkalan, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hopital Alor Gajah akibat masalah tekanan darah rendah dan mengalami masalah pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, Noordin pernah menjawat jawatan sebagai Pemangku Presiden Veteran UMNO Malaysia, EXCO Pertanian dan Luar Bandar serta berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang dari tahun 1995 hingga 1999.

“Arwah juga dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik ketika menjadi Ketua Menteri Melaka keenam (1982-1994) sebelum bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2734
Kongsi :
Previous post Ulang tahun ke-55, Bernama perlu lebih kreatif dalam laporan berita – Zahidi
Next post Terima rasuah RM300, bekas ketua balai polis dipenjara, denda
Ubah saiz-+=