Sorting by

×

TOKONG SATU ABAD PONDOK BATANG SIMBOL WARISAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ASAHAN 28 April – Sebuah tokong berusia lebih 100 tahun di Kampung Baru Pondok Batang terus kekal menjadi nadi penyatuan komuniti Cina sejak tiga generasi penduduk di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baru (JPKKB) Pondok Batang Tan Chaw Chong berkata, tokong yang dibina daripada awal penempatan masyarakat Cina di kampung itu bukan sahaja mengekalkan fungsi asalnya sebagai tempat ibadat, malah menjadi pusat komuniti berkumpul bagi pelbagai acara tradisi dan kebudayaan.

Katanya, tokong berkenaan masih digunakan secara aktif khususnya ketika sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina, selain upacara keagamaan lain seperti ‘sembahyang besar’.

“Walaupun peredaran masa membawa banyak perubahan, namun kewujudan tokong ini kekal relevan sebagai simbol warisan dan identiti komuniti Cina di kampung ini, di mana iabukan sekadar tempat sembahyang sahaja tetapi juga tempat kami mengeratkan hubungan sesama penduduk,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Chaw Chong, bagi memastikan tokong berkenaan terus berfungsi, pihaknya juga telah mengemukakan cadangan untuk menaik taraf tokong warisan itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), namun masih menunggu kelulusan.

“Struktur binaan masih kukuh dan dikekalkan sekali gus menjadikan tokong ini sebagai antara tinggalan warisan yang bernilai di Kampung Baru Pondok Batang.

“Sebagai anak jati kampung ini dan mewakili penduduk kita berharap tokong ini terus dipelihara agar dapat diwarisi generasi akan datang sebagai lambang sejarah serta perpaduan komuniti setempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

258
Kongsi :
Previous post 1 PBT 1 AMBULANS: KOMITMEN MELAKA SEDIA PERKHIDMATAN KECEMASAN LEBIH MENYELURUH
Next post PEGAWAI JKM DI DAERAH JADI EJEN PEMBANGUNAN SOSIAL MASYARAKAT