Tujuh cedera kemalangan babitkan dua kereta dan lori

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KLEBANG 3 Mei – Lima pelajar antara tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta dan sebuah lori, di Jalan Batang Tiga-Bukit Rambai, petang semalam.

Dlam kemalangan kira-kira jam 2.30 petang itu, semua yang cedera ialah pemandu dan penumpang kereta jenis Nissan Almera dan Naza Citra berusia lingkungan 5 hingga 49 tahun, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumnat berhubung kemalangan itu pada jam 2.55 petang semalam sebelum bergerak ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Nissan Almera yang dipandu wanita berusia 49 tahun dari arah Batang Tiga menghala Bukit Rambai dipercayai telah memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu lelaki berusia 46 tahun.

“Kejadian itu telah menyebabkan lori berkenaan merempuh hadapan kereta Nissan Almera sebelum lori itu terbabas di kiri jalan.

“Pada masa sama, kereta jenis Naza Citra yang berada di belakang Nissan Almera tidak sempat mengelak dan telah melanggar bahagian hadapan kereta itu yang sedang berpusing,” katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu semua pemandu dan penumpang dua buah kereta telah dibawa ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.

“Kesemua pemandu dan penumpang Nissan Almera mengalami kecederaan serius dan masih dirawat di hospital, manakala empat lagi mangsa dari Naza Citra mengalami kecederaan ringan di bahagian dada, tangan dan kaki,” katanya.

Christopher menambah, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7217
Kongsi :
Previous post Bekas polis direman tujuh hari bantu siasatan kes samun
Next post Abai dan aniaya Bella: Siti Bainun dipenjara berjumlah 22 tahun
Ubah saiz-+=