
Tujuh lelaki ditahan menerusi Op Samseng Jalanan, Op Mabuk
SEREMBAN, 20 Feb – Akibat menunggang motosikal dengan aksi ‘wheelie’ dan gaya ala ‘Superman’, enam remaja lelaki ditahan polis di lokasi berasingan di sekitar Seremban malam tadi menerusi Op Samseng Jalanan dan Op Mabuk.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan Supt Shafiei Muhammad berkata kesemua individu berumur dalam lingkungan 17 hingga 21 tahun itu ditahan di Senawang dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kira-kira pukul 11 malam.
“Dalam operasi tersebut, enam remaja berusia 17 hingga 21 tahun ditahan selepas didapati melakukan aksi ‘wheelie’ dengan mengangkat tayar hadapan, melakukan aksi ala ‘Superman’ dan bersaing sesama sendiri selain memotong secara zig zag terhadap kenderaan lain.
“Selain itu, menerusi operasi sama, seorang lagi pekerja swasta berumur 40 tahun turut ditahan di Jalan Kayu Ara, di sini kerana memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 50 miligram (mg) dalam 100 mililiter darah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua individu tersebut dipohon reman di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...
