Tujuh premis jual rokok pada pelajar sekolah dikompaun RM 4,000

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

AYER KEROH 15 Julai- Tujuh premis dalam sekitar Melaka didapati menjual rokok pada harga minima dan menjual rokok kepada pelajar sekolah diberikan lapan notis berjumlah RM4,000 menerusi Operasi Mega Bersepadu yang dijalankan dua hari bermula semalam.

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal berkata dalam operasi diketuai oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) turut disertai pelbagai agensi termasuk Kementerian Perdagangan Dalan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka itu turut menyita kira-kira 155 peket rokok seludup atau rokok tidak bercukai bernilai RM1,542.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran keras kepada pemilik premis yang telah diberi notis berkali-kali atas kesalahan menjual rokok kepada remaja bawah umur 18 tahun dan menjual dengan harga minima.

“Bertindak atas aduan awam, JKN telah menjalankan risikan terlebih dahulu sebelum menyerbu tujuh premis yang meliputi ketiga-tiga Daerah dalam negeri ini kerana menjalankan aktiviti menjual

“Kesemua tujuh premis itu pihak JKN telah mengambil tindakan mengeluarkan notis berhubung Peraturan 8C(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembikau (PPKHT) 2004, Peraturan 9(1) PPKHT 2004.

“Manakala pihak KASTAM turut mengeluarkan dua notis kesalahan di bawah Akta KASTAM Seksyen 135 (1)(d) 1976 jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga maksimum RM 100,000 atau penjara maksimum lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Operasi Mega bersepadu Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Peringkat Kebangsaan di Wisma Persekutuan hari ini.

DR Muhamad Akmal

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata menerusi operasi mega tersebut sebanyak 104 notis pelbagai kesalahan melibatkan rokok turut dikeluarkan JKN Melaka bernilai RM 29,750.

“Daripada 104 notis dikeluarkan Seramai 66 individu diberi notis kompaun kerana merokok di kawasan larangan merokok.

“Operasi pada 14 dan 15 Julai (hari ini) pihak JKN telah memantau sebanyak 180 buah premis termasuk premis kedai runcit dan kedai makan,” katanya.

Tambahnya, untuk keseluruhan sebanyak 1,472 notis kesalahan telah dikeluarkan dari bulan Januari hingga 15 Julai bagi sembilan kesalahan melibatkan rokok dan merokok di kawasan larangan merokok merupakan kesalahan paling tinggi dengan 749 notis dikeluarkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1803
Kongsi :
Previous post Wanita disyaki bunuh suami didapati positif dadah
Next post Kampung Paya Lebar bakal gamit pelancong
Ubah saiz-+=