Sorting by

×

Tumpahan belerang dikaitkan punca ikan mati terdampar

Masa Membaca:1 Minit, 56 Saat

SUNGAI TUANG 27 Mac – Tumpahan sulfur monoksida atau belerang dikaitkan antara punca ribuan ikan mati terdampar di Pantai Telok Gong berhampiran Sungai Tuang, sini hari ini.

Ada juga yang mendakwa kejadian itu dipercayai disebabkan oleh perubahan cuaca sehingga mengakibatkan spesies ikan yang hidup di persisiran pantai mudah mati.

Seorang peniaga, Amran Yusop, 56, berkata kejadian itu berkemungkinan disebabkan berlaku tumpahan belerang selepas sebuah tongkang digunakan untuk mengangkut bahan itu mengalami kebocoran di perairan berhampiran dua minggu lalu.

Dia yang terkejut dengan kejadian itu menjelaskan insiden itu berlaku pertama kali sejak dia menetap di Sungai Tuang hampir 20 tahun lalu.

“Ikan didapati mula terdampar sejak tengah hari tadi dan ia mungkin berpunca dari tumpahan dua minggu lalu namun ada sumber mengatakan ia (tumpahan) sudah berjaya diselesaikan dua hari lepas,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

AMRAN.

Amran berkata, ribuan ikan yang mati ini itu turut menjadi tanda tanya pelanggan dan pelancong yang singgah di kedainya.

Jelasnya, hanya ikan yang berhabitat di pesisir pantai sering dilihat mati terdampar di kawasan itu sekiranya berlaku pencemaran.

“Antara ikan yang didapati mati terapung adalah ikan beliak mata, selangat dan tamban,”katanya.

Tinjauan lanjut MHI di kawasan itu mendapati, beberapa anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan mula menjalankan pemantauan di pesisir pantai itu sejak jam 4 petang tadi.

Bagaimanapun, tinjauan turut mendapati tiada tompokan hitam akibat tumpahan minyak dikesan di kawasan berkenaan.

Meskipun insiden itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengunjung namun ia tidak menjejaskan kehadiran pelancong tempatan dan luar untuk terus menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan terbabit.

AZIRA (kiri) dan anak-anaknya berkelah di Pantai Telok Gong berhampiran Sungai Tuang.

Sementara itu, seorang pengunjung Azira Osman, 27, turut terkejut dengan kejadian yang baginya pertama kali berlaku biarpun beberapa kali berkelah di kawasan berkenaan.

Dia yang tiba pada jam 4 petang bersama keluarga terpaksa membatalkan untuk bermandi manda berikutan kejadian yang berlaku itu.

“Saya datang hanya bawa anak untuk main pasir saja memandangkan keadaan pantai yang dipenuhi ikan tapi ia masih belum ada pencemaran bau busuk lagi berlaku.

“Kami lihat air laut pula ombaknya membesar jadi terpaksa batal hasrat untuk mandi dan hanya berkelah menemani anak kecil saja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1480
Kongsi :
Previous post Misteri ikan mati terdampar di Pantai Telok Gong
Next post Pemain industri pakej haji harap kuota jemaah haji Malaysia ditingkatkan
Ubah saiz-+=