Tun Mohd Ali berbuka puasa bersama warga UTeM

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

DURIAN TUNGGAL 21 April – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, menghadiri Majlis Iftar Bersama TYT Tun Canselor 1443 Hijrah/2022 di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, hari ini.

Tun Seri Setia Mohd Ali bersama Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman tiba di perkarangan Masjid Sayyidina Abu Bakar, kira-kira jam 6.45 petang.

Hadir sama pada program itu EXCO Pendidikan dan Teknologi negeriDatuk Rais Yasin yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Datuk Seri Dr Hasim Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahin Durum, Naib Canselor UTeM Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin dan kenamaan lain.

Pada program ringkas itu, seramai 50 mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan daripada Tabung Amal Jariah UTeM.

Sumbangan yang disampaikan Tun Mohd Ali itu termasuk penyampaian komputer riba kepaa lima daripada mahasiswa berkenaan.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menunaikan solat berjemaah bersama tetamu yang hadir sempena Majlis Iftar di Masjid Sayyidina Abu Bakar , Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Solat berjemaah dipimpin Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil. Foto Iqmal Haqim Rosman

Tun Mohd Ali dan Toh Puan kemudiannya turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan solat sunat tarawih bersama kira-kira 1,500 jemputan dan warga UTeM hadir pada majlis tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1884
Kongsi :
Previous post Najib ‘arah’ saya tandatangani laporan audit 1MDB tahun 2013 – Saksi
Next post Nelayan terkesan projek KLIP bakal terima saguhati – EXCO
Ubah saiz-+=