Tun Mohd Ali dimasyhur Canselor pertama UNIMEL

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 6 Disember – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam, secara rasminya dimasyhur sebagai Canselor pertama Universiti Melaka (UNIMEL).

Pemasyhuran itu selaras dengan pembentukan UNIMEL sebagai sebuah universiti awam pada 10 Februari lalu bagi menggantikan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Istiadat pemasyhuran itu telah diadakan pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UNIMEL ke-24 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyempurnakan istiadat pemasyhuran itu dengan menyempurnakan penyerahan surat lantikan dan sijil watikah kepada Tun Mohd Ali.

Hadir sama menyaksikan istiadat pemasyhuran itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, Naib Canselor UNIMEL Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim dan tetamu lain.

Terdahulu, Istiadat Konvokesyen UNIMEL ke-24 itu bermula dengan perarakan masuk graduan diikuti istiadat perarakan masuk tetamu kehormat pada jam 9.20 pagi tadi.

Alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW mengiringi upacara perarakan masuk pada acara penuh bersejarah itu.

Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 3,045 graduan diraikan membabitkan graduan dari tahun 2020, 2021 dan 2022.

Ia membabitkan tiga graduan Ijazah Doktor Falsafah, 18 graduan Ijazah Sarjana, 616 Ijazah Sarjana Muda dan 2,408 graduan Diploma.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2294
Kongsi :
Previous post PM Anwar mula tugas Menteri Kewangan
Next post UNIMEL berperanan lahirkan modal insan, aset negara – KM
Ubah saiz-+=