
PM Anwar mula tugas Menteri Kewangan
PUTRAJAYA, 6 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan.
Beliau yang mengenakan sut serba biru tiba di perkarangan Kementerian Kewangan (MOF) pukul 7.58 pagi dan disambut Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.
Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datin Rashidah Mohd Sies.
Anwar, 75, kemudiannya dilihat memasuki pejabat di aras 12 bagi menghadiri taklimat tertutup bersama pegawai MOF.
Anwar pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov lepas.
Pada 2 Dis lepas, Anwar mengumumkan barisan Kabinet kerajaan perpaduan meliputi dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN BERADIK YATIM PIATU, MAIM PASTIKAN KEBAJIKAN TERJAMIN
JASIN 27 Ogos - Nasib sembilan beradik yatim piatu mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang tampil memastikan kebajikan...
KETUA FOTO, WARTAWAN MHI TERIMA PINGAT JASA KEBAKTIAN
SERI NEGERI 26 Ogos - Ketua Unit Fotografi Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd, Iqmal Haqim Rosman dan wartawan MHI...
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG AMBULANS
JASIN 26 Ogos - Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans swasta di...
PPSPM SEDIA 33 BOT, SASAR 10,000 PENGUNJUNG 31 OGOS INI
SERI NEGERI 26 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyediakan 33 buah bot bagi menampung sasaran 10,000...
AYDA JEBAT SEDIA JADI ‘DUTA’ PROMOSI MELAKA MELALUI KARYA SENI
SERI NEGERI 26 Ogos - Pengiktirafan yang diterima daripada Kerajaan Negeri Melaka terus menyuntik semangat kepada penyanyi dan pelakon popular,...
SUKMA: 21 PINGAT EMAS BUKTI ATLET MELAKA SEMAKIN ‘MENYALA’
SERI NEGERI 26 Ogos - Kejayaan kontinjen Melaka meraih 21 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 membuktikan prestasi...
