
Tun Mohd Ali rai sambutan Hari Tentera Darat ke- 88
SUNGAI UDANG 5 Mac. – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam melakukan simbolik pemotongan pulut kuning sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-88 di Kem Terendak, di sini, hari ini.
Pada lawatannya di kem tentera itu, sambutan terbabit diraikan dengan kesyukuran sejurus selepas selesai upacara makan tengah hari bersama tetamu kehormat lain.
Pada awal kunjungan Mohd Ali di kem terbabit, program dimulakan dengan solat Jumaat di Masjid As-Syuhada yang diimamkan Imam 1, Leftenan Habibullah Mohamad Ghazali.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, Panglima 3 Divisyen, Kem Terendak Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim serta tetamu lain.
Views:
Related

Berita Lain
KECELARUAN POLITIK SEMASA, PELUANG CERAH BN-PN MENANG LEBIH 21 KERUSI DI MELAKA
TABOH NANING 12 November – Kecelaruan politik di peringkat Persekutuan ketika ini dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada Barisan...
SEMBOYAN 14 NOVEMBER: LANGKAH BAHARU BN-PN MENUJU PUTRAJAYA
TABOH NANING 12 November – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bukan sekadar medan menentukan siapa diberi mandat untuk mentadbir...
TUNJUK ‘JARI BERCELUP’, NIKMATI DISKAUN 10 PERATUS MASUK ZOO MELAKA
AYER KEROH 12 November - Jari bertanda dakwat pilihan raya bukan sekadar bukti sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, malah boleh...
KERAJAAN TAWAR PEMBIAYAAN RM14,000 SEHEKTAR UNTUK TANAM SEMULA SAWIT
AYER MOLEK 12 November - Pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang mempunyai pokok berusia lebih 25 tahun digalakkan melaksanakan tanaman...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN DI LENDU, PENYATUAN TANPA PINGGIR KAUM LAIN
LENDU 12 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04...
PELANCONG INDIA TERPESONA MAGIS MELAKA
BANDA HILIR 12 November - Keunikan sejarah, kepelbagaian budaya serta sajian makanan yang ditawarkan menjadikan Melaka sebuah destinasi pelancongan menarik...

