DUN Rim: Tun Mohd Ali rasmi Koperasi Ukhwah Al Munawarah Felda Kemendor

Masa Membaca:57 Saat

RIM 7 Oktober – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam, merasmikan Koperasi Ukhwah Al Munawarah, Masjid Al Munawarah, Felda Kemendor, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, penubuhan koperasi kariah masjid itu secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi komuniti setempat selain fungsi utamanya sebagai pusat aktiviti keagamaan.

“Inisiatif ini seiring dengan matlamat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyasarkan 10 peratus masjid seluruh negara mempunyai koperasi sendiri.

“Selain itu Program Koperasi Kariah Masjid ini turut disokong penuh Kerajaan Negeri Melaka, menjadi harapan kami kesemua 10 masjid di DUN Rim menubuhkan koperasi seperti Masjid Al Munawarah, Felda Kemendor.

“Penubuhan koperasi ini adalah peluang baik bagi membentuk dana masjid yang efisyen dan mampu melahirkan lebih ramai golongan usahawan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Tun Mohd Ali, diiringi Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri yang juga merangkap Adun Serkam, Datuk Zaidi Attan, menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Munawarah.

Pada program sama, Tun Mohd Ali turut menyampaikan sumbangan kepada 15 warga emas sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2733
Kongsi :
Previous post Bajet 2023: Kapasiti perkhidmatan kesihatan awam diperkasa, RM36.1 bilion diperuntuk kepada KKM
Next post Bajet 2023: Kerajaan laksana Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030
Ubah saiz-+=