Tun Mohd Ali terima kunjung hormat Sulaiman, Kamel

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 1 Sept – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri baharu, Datuk Ts. Kamel Mohamed mengadakan pertemuan bersama Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Rustam di Pejabat TYT, pagi tadi.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi Sulaiman, pertemuan itu memberi peluang kepada beliau mewakili Kerajaan Negeri Melaka bagi berkongsikan perkembangan terbaharu dalam pentadbiran negeri.

Kelmarin, Sulaiman menerima kunjung hormat Kamel di pejabatnya di Seri Negeri.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh warga kerja di Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM), saya mengucapkan sekalung tahniah dan selamat datang kepada Datuk Ts. Kamel.

“Sekali lagi, tahniah dan selamat menabur khidmat bakti kepada negeri dan rakyat Negeri Melaka,” katanya.

KAMEL (kanan) mengadakan pertemuan dengan Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, kelmarin.

Kamel,59, secara rasmi melaporkan diri pada hari pertama sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka pada 27 Ogos lalu.

Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Pendidikan Malaysia dan mengambil alih jawatan daripada Datuk Seri Dr. Hasim Hasan yang bersara wajib.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1415
Kongsi :
Previous post MINDEF wujudkan pasukan petugas urus COVID-19
Next post Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Azrin
Ubah saiz-+=