Tun Mohd Ali tinjau proses mencerap anak bulan di Kompleks Falak Al Khawarizmi

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

TANJUNG BIDARA 12 April. – Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan Negeri Melaka diadakan bagi mencerap anak bulan di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Tanjung Bidara, di sini hari ini.

Mengikut rukyah penampakan hilal (anak bulan), aktiviti mencerap dimulakan pada jam 7 malam hingga 7.17 minit malam ini dengan jangkaan keadaan matahari ghurub (tenggelam) yang direkodkan tahun ini.

Menurut Sumber Jabatan Ukur dan Pemetaan Melaka (JUPEN) berkata, aktiviti mencerap dilakukan pada masa ini disebabkan pembiasan cahaya matahari akan menampakkan bulan di sekitar waktu terbabit.

Katanya, kaedah yang digunakan bagi mencerap bulan di negara ini adalah dengan kaedah Ikmanur Rukyah iaitu mencerap dan menghisab bacaan pergerakan anak bulan di pusat cerapan di setiap negeri.

AHLI falak mencerap anak bulan menggunakan alat ‘Totalstation’pada majlis cerapan rasmi Hilal Ramadan di Balai Cerap, Kompleks Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Masjid Tanah. Foto: MR. Azli.

“Hilal akan dijangka terbenam pada jam 7.34 malam ini dengan koordinat 278° 53′ 42″,” katanya.

Program yang diadakan kali ini telah dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam sekitar jam 6.30 petang tadi.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta tetamu lain.

Acara dimulakan dengan sesi taklimat dan mencerap anak bulan oleh tetamu jemputan lain dengan kemudiannya diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah.

Program diikuti dengan solat Tarawih di Masjid Al Sultan Abdullah, Masjid Tanah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1902
Kongsi :
Previous post Kerajaan negeri disaran itu SOP Kerajaan Persekutuan
Next post Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Ubah saiz-+=