
Piala Malaysia: Tunjuk ‘warna’ sendiri, kalau nak menang
AYER KEROH 2 Nov. – Melaka United perlu menunjukkan ‘warna’ sendiri , jika ingin mengatasi mana-mana pasukan terutamanya juara 33 kali, Selangor bagi aksi pertama Piala Malaysia yang bermula Ahad ini.
Mantan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (kini dikenali sebagai MUSA) Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, skuad Kancil perlu fokus pada sasaran mereka dalam masa sama, tidak terlalu menghormati lawan.
“Setiap pasukan ada sasaran, tujuan dan Melaka United perlu tunjukkan ‘target’ mereka ke mana.
“Adakah cukup sekadar masuk Piala Malaysia atau kalahkan Selangor dan mara ke pusingan seterusnya?
“Kalau sasar untuk ke ‘final’ mereka perlu berusaha dan tunjukkan ‘warna’ sendiri.
“Jika saya memiliki kekuatan Melaka ketika ini pada zaman saya dahulu, mungkin dah boleh juarai Piala Malaysia,,” katanya ketika dihubungi.
Ibrahim Durum pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Pasukan Melaka (kini dikenali Melaka United) sejak 1999 hingga 2002.
Melaka ketika itu dipimpin G.Torairaju pada tahun 1999 dan Remeli Junit (2000 hingga 2001).
Dibawah Remeli, Melaka berjaya menduduki carta kedua pasukan dalam saingan Liga Perdana 2 pada tahun 2000.
Views:
Related


Berita Lain
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos β Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...
MAIM SEDIA BANTU KOS RAWATAN, INI CARA MOHON
AYER MOLEK 12 Ogos - Penjaga atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan dan pembedahan boleh mendapatkan...
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
