Tutup kilang 14 hari jika pekerja positif COVID – KM

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Mana-mana kilang-kilang yang mempunyai kes positif COVID-19 di Melaka akan diarahkan menghentikan sementara operasi selama 14 hari.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata tindakan itu menggguna pakai Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa kita di Melaka menjadi negeri pertama yang mengambil tindakan tegas sedemikian mengikut akta tersebut.

“Sampaikan ada seorang pemimpin dari negeri yang lain turut menyokong tindakan kita dan menegur kerajaan negerinya kenapa tidak mengambil tindakan seperti Kerajaan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Penjawat Awam Julai 2021 yang disiarkan secara dalam talian melalui Facebook (FB) rasmi Sulaiman Md Ali, Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka Hari Ini sebentar tadi.

Jelasnya, menerusi akta itu setakat ini kerajaan negeri telah mengarahkan penutupan sementara secara pentadbiran, kepada 28 buah kilang yang beroperasi di Negeri Melaka.

“In kerana pekerja mereka didapati positif COVID-19, saya juga telah mengarahkan agar kilang kilang tersebut melakukan ujian saringan bersasar secara besar-besaran atau mass-screening.

“Ini membabitkan pekerja mereka, atas tanggungan majikan, kemudian pastikan dulu warga kerjanya bebas dan selamat daripada wabak COVID-19 sebelum kita benarkan
mereka beroperasi semula,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

528
Kongsi :
Previous post Melaka sasar 180,000 pekerja kilang divaksin
Next post (KEMASKINI) Empat masjid di Melaka jadi pusat vaksinasi
Ubah saiz-+=