Melaka sasar 180,000 pekerja kilang divaksin
AYER KEROH 16 Julai – Kerajaan negeri menyasarkan seramai 160,000 hingga 180,000 pekerja industri pembuatan di negeri ini divaksin bermula bulan ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, sasaran itu dibuat susulan bermulanya Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), hasil kolaborasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), baru-baru ini.
Katanya, bagi mempercepatkan pemberian vaksin sebanyak tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) industri telah dibuka di Texas Instruments, Infineon dan Bayou Lagoon.
Selain itu, turut dibuka adalah dua lagi PPV industri yang memfokus kepada Kawasan Perindustrian Cheng dan Krubong serta Kawasan Perindustrian Alor Gajah pada awal bulan depan.
“Kerajaan Negeri Melaka telah memohon pertimbangan agar MITI memperluaskan program PIKAS ini ke sektor lain seperti pembinaan, hotel dan perladangan, bagi mempercepatkan proses imunisasi kepada semua warga pekerja industri di Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Penjawat Awam Julai 2021 yang disiarkan secara dalam talian melalui Facebook (FB) rasmi Sulaiman Md Ali, Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka Hari Ini sebentar tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PEMBANTU MEKANIK MAUT DIHEMPAP PEMBERAT GETAH MESIN “CONVEYER”
KOTA BHARU 25 Januari - Seorang pembantu mekanik maut selepas dihempap pemberat getah mesin conveyer di sebuah kuari di Mukim Jerus...
OP TBC 2025: 17 BAS EKSPRES TIDAK DIBENARKAN BAWA PENUMPANG
MELAKA 25 Januari - Sebanyak 17 bas ekspres tidak dibenarkan beroperasi membawa penumpang selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan peraturan teknikal...
LAKARAN JEJANTAS ‘KERIS PATEH’ MOHD AJIB PILIHAN MPHTJ
AYER KEROH 25 Januari - Reka bentuk jejantas berkonsepkan 'Keris Pateh' lakaran arkitek anak jati Melaka, Mohd Ajib Mahat, 38,...
MANFAATKAN ILMU PEMBUATAN ROTI, PASTRI UNTUK JANA PENDAPATAN
JASIN 25 Januari - Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Jasin Pantai, menggunakan kesempatan dibuka Kolej Komuniti Jasin (KKJS) untuk mempelajari...
IMIGRESEN, KKM SERBU KLINIK HARAM, TAHAN 10 LELAKI WARGA BANGLADESH
KUALA LUMPUR 24 Januari - Jabatan Imigresen Malaysia bersama Kementerian Kesihatan (KKM) menahan 10 lelaki warga Bangladesh kerana disyaki menawarkan...
KABINET SETUJU PENGURANGAN TOL 50 PERATUS SEMPENA TAHUN BAHARU CINA – NANTA
KUALA LUMPUR 24 Januari - Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina...