14,660 rakyat Melaka bakal terima vaksin setiap hari

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Seramai 14,660 rakyat negeri ini bakal disuntik setiap hari dalam usaha mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kapasiti itu melonjak hampir 50 peratus berbanding 18 Jun yang hanya mampu memberi suntikan kepada 7,800 orang sehari.

“Saya yakin dengan tindakan pantas mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat ini, InsyaAllah dalam beberapa bulan lagi, matlamat imuniti kelompok 80 peratus atau herd immunity dapat kita capai seawal mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Penjawat Awam Julai 2021 yang disiarkan secara dalam talian melalui Facebook (FB) rasmi Sulaiman Md Ali, Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka Hari Ini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, setakat ini sebanyak 72 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dibuka di negeri ini membabitkan 15 PPV awam, tiga PPV hospital awam (SPPV), 46 PPV General Practitioner (PPVGP), empat PPV Hospital Swasta dan satu PPV swasta iaitu Encore.

Selain itu, ujarnya, bagi mengekang peningkatan kluster kilang, kerajaan negeri turut membuka tiga buah PPV Industri iaitu di Texas Instruments, Infineon serta Bayou Lagoon.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

350
Kongsi :
Previous post MOVAK sasar 250 penerima vaksin sehari – KM
Next post Melaka sasar 180,000 pekerja kilang divaksin
Ubah saiz-+=