(KEMASKINI) Empat masjid di Melaka jadi pusat vaksinasi

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Empat buah masjid di negeri ini telah terpilih untuk dijadikan pusat vaksinasi terbaharu hasil kerjasama kerajaan negeri bersama badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, langkah itu diambil bagi memperhebatkan lagi usaha untuk membantu rakyat menerima vaksin, sekali gus mencapai sasaran 14,000 suntikan sehari.

“Ini sekali gus membantu mempercepatkan proses vaksinasi untuk rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Penjawat Awam Julai 2021 yang disiarkan secara dalam talian melalui Facebook (FB) rasmi Sulaiman Md Ali, Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka Hari Ini pagi tadi.

Sementara itu, Penasihat Agama Sulaiman, Datuk Kamarudin Sidek berkata hanya ruang ruang seperti bilik mesyuarat atau bilik-bilik lain di luar akan dijadikan tempat vaksin.

“Ruang solat utama tak boleh dijadikan tempat vaksinasi sebaliknya perlu dijaga kesuciannya.

“Hanya ruang-ruang lain di luar yang boleh dimanfaatkan untuk proses vaksinasi kepada 400 penerima setiap hari Sabtu bermula 31 Julai ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini di sini malam ini.

Tambahnya, empat masjid tersebut adalah Masjid Al Alami MITC, Masjid Ar Rahman Tanah Merah, Krubong, Masjid Jamek Ar Rahman Kampung Pulai, Jasin dan Masjid Tun Khalil, Asahan.

Bagaimanapun, proses vaksinasi pada 31 Julai ini katanya akan dimulakan di tiga buah masjid kecuali Masjid Tun Khalil yang dilakukan secara bergilir dengan Masjid Al Alami pada minggu berikutnya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

778
Kongsi :
Previous post Tutup kilang 14 hari jika pekerja positif COVID – KM
Next post Enam ‘ingatan’ untuk penjawat awam di Melaka
Ubah saiz-+=