Tutur bahasa ibunda tidak rencatkan kemajuan negara – KM

Masa Membaca:53 Saat

DURIAN TUNGGAL 19 Oktober – Menggunakan atau bertutur dalam bahasa ibunda tidak akan merencatkan kemajuan atau pembangunan sesebuah negara kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, Malaysia perlu mengikut contoh beberapa negara luar seperti Jepun dan China yang berbangga menggunakan bahasa ibunda mereka berbanding mengangkat bahasa asing.

Sulaiman berkata, sempena bulan bahasa kebangsaan kali ini orang ramai khusus rakyat Negeri Melaka, diminta agar bersama-sama memperkasakan lagi penggunaan bahasa kebangsaan.

“Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri mengutamakan bahasa ibunda kita semasa berucap di negara luar.

“Saya begitu teruja apabila beliau (Perdana Menteri) berucap dalam bahasa ibunda kita,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Peranti Siswa UTeM & Pelancaran Karnival Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat UTeM di Dewan Canselor UTeM, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTeM, Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif dan lain-lain kenamaan.

“Hari ini jelas membuktikan bahawa bahasa kebangsaan kita tidak menunjukkan atau menggagalkan kemajuan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2182
Kongsi :
Previous post Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Next post Kenal siapa kawan dan lawan, elak tembak kaki sendiri – PM Ismail Sabri
Ubah saiz-+=