
TYT akan rasmi sidang DUN Melaka 28 Feb
AYER KEROH 9 Feb – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam, dijangka merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selama empat hari bermula 28 Feb hingga 3 Mac depan.
Speaker DUN Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, bagi persidangan kedua penggal kelima itu pihaknya sudah menerima soalan-soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada lisan dan bertulis.
“Saya sudah terima soalan berkenaan dan kini dalam penelitian, ada kaitan atau tidak untuk dibawa ke DUN pada hari persidangan nanti,” katanya ketika dihubungi.
Ibrahim berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kakitangan berkenaan dan juga petugas media diwajibkan untuk membuat ujian RTK (Antigen Rapid Test Kit) tiga hari sebelum sesi persidangan berlangsung.
“Ujian RTK perlu dilakukan sebelum persidangan dan kita kena lebih berhati-hati serta berjaga-jaga agar tidak timbul kluster,” katanya.
Sementara itu Melaka Hari Ini (MHI) difahamkan kerajaan negeri akan membentangkan tiga rang undang-undang termasuk undi 18 tahun.
Setakat 16 Jan lalu lebih 4 juta pengundi berusia 18 tahun telah didaftarkan sebagai pemilih secara automatik, menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun pada 2019.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PASARAN PERUMAHAN MELAKA KEKAL POSITIF, STABIL – LPM
BANDA HILIR 23 November - Perkembangan pasaran perumahan Melaka kekal positif meskipun negeri ini merekodkan 1,621 unit kediaman siap dibina...
SERLAHKAN KEPELBAGAIAN PAKAIAN TRADISIONAL, FESYEN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 23 November - Kepelbagaian adat dan budaya yang turut menyentuh aspek fesyen menjadikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan...
STESEN MINYAK PERTAMA ASAHAN JADI PEMANGKIN EKONOMI TEMPATAN
ASAHAN 23 November - Pembinaan stesen minyak pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, di sini, dijangka akan membantu merancakkan...
MELAKA ZAHIR SOKONGAN TERHADAP MANIFESTO BN SABAH
AYER KEROH 23 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menzahirkan sokongan teguh dan keyakinan penuh terhadap Manifesto Pilihan Raya Negeri...
HARGA RENDAH, MELAKA PILIHAN PEMBELI RUMAH KEDUA DAN KETIGA
BANDA HILIR 22 November - Pasaran perumahan Melaka terus menjadi pilihan pembeli rumah kedua dan ketiga, susulan harga kediaman masih...
JABATAN PERTANIAN SALUR RM200,000 KEPADA DUA SEKOLAH ANGKAT MADANI
KESIDANG 22 November - Jabatan Pertanian menyalurkan peruntukan berumlah RM200,000 kepada dua buah sekolah rendah di negeri ini menerusi inisiatif...

