
TYT Melaka terima ucapan tahniah daripada pemimpin DMDI
AYER KEROH 6 Jun — Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam malam ini menerima ucapan tahniah daripada pemimpin Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di atas pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7.
Mohd Ali merupakan Presiden DMDI, sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 2000 hasil daripada resolusi Konvensyen DMDI.
Sesi ucapan tahniah sempena Malam Apresiasi Presiden DMDI itu disiarkan secara langsung di laman Facebook Sekretariat DMDI mulai jam 8.45 malam tadi.
Antara pemimpin DMDI yang menyampaikan ucapan tahniah masing-masing kepada Mohd Ali adalah Pengerusi DMDI Bosnia and Herzegovina Amer Bukvic, Pengerusi DMDI Maldives Abdulla Nasheed, Pengerusi DMDI Australia yang juga pengasas Ashabul Kahfi Islamic Centre (AKIC) Australia Dr Teuku Chalidin Yacob serta barisan pemimpin DMDI tempatan.
Mohd Ali, 70, mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7 di Dewan Istiadat Seri Negeri, di sini semalam.
Ia sekaligus mencipta sejarah tersendiri di bumi bersejarah Melaka apabila buat julung kalinya anak jati negeri ini diperkenan untuk dilantik ke jawatan tersebut selepas negara mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957.
Views:
Related


Berita Lain
PENDIDIKAN ANAK MUDA TIDAK TERHENTI DI BILIK KULIAH – AB RAUF
SERI NEGERI 24 September - Pendidikan dan pembangunan generasi muda tidak seharusnya terhad di bilik kuliah, sebaliknya perlu dilengkapi ruang...
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
DEBAT PIALA KETUA MENTERI BENTUK MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS
SERI NEGERI 24 September - Mahasiswa perlu mempunyai keupayaan menilai kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau membuat kesimpulan, terutama dalam berdepan...
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
