TYT rasmi Menara TNB Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 31 Mei – Menara Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),  di sini menjadi nadi operasi penyedia perkhidmatan tenaga negara itu dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

Menara 14 tingkat berkeluasan kira-kira 177,000 kaki persegi itu menjadi pusat operasi perkhidmatan kepada lebih 370,420 pelanggan TNB.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bangunan berkenaan dibeli daripada Yayasan Melaka pada 2014 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM75 juta.

“Sekarang 450 kakitangan TNB Melaka sebelum ini di Banda Kaba sudah ditempatkan di sini. Semua ini adalah komitmen TNB dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat.

“Sudah pasti suasana pejabat serba baharu, warga TNB akan lebih bersemangat dan saya yakin mereka akan beri komitmen untuk memuaskan hati pelanggan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian menara berkenaan.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Ariffin.

Turut hadir EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selain EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4880
Kongsi :
Previous post UTeM perintis program Google Cloud Computing Foundations peringkat IPTA
Next post Cubaan dua lelaki seludup 1.35 tan duan ketum ke Johor gagal
Ubah saiz-+=