Sorting by

×

UTeM perintis program Google Cloud Computing Foundations peringkat IPTA

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

DURIAN TUNGGAL 31 Mei – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dipilih menjadi perintis Program ‘Google Cloud Computing Foundations’ (GCCF) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia.

Naib Canselor UTeM, Prof Ts Dr Massila Kamalrudin berkata program itu membolehkan pelajar mempelopori Teknologi Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) yang menjadi trend masa kini.

Menurutnya, ia membuka peluang kepada pelajar menyertai Program ‘Google Career Readiness’ melalui trek ‘Associate Cloud Engineer’ (ACE) atau trek ‘Data Analyst’.

“Antara kelebihan lain menerusi program ini, pelajar berpeluang menduduki peperiksaan Pensijilan Profesional ACE.

“Program ini dijayakan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), seramai 64 pelajar Diploma Teknologi Maklumat terpilih bagi menyahut cabaran pembelajaran program GCCF yang diadakan secara ‘self paced’ selama enam bulan bermula Okt 2021 sehingga April lalu,” katanya menerusi satu kenyataan media.

MASSILA

Program tersebut merupakan inisiatif Dekan FTMK, Prof Ts Dr Rabiah Ahmad dengan kerjasama Google (India) yang diwakili Pengurus Programnya, Isha Porwal.

Ianya juga telah dijayakan menerusi kumpulan pensyarah FTMK terdiri daripada Prof Datuk Ts Dr Shahrin Shahib, Ts Dr Zulkiflee Muslim, Ts Dr Noraswaliza Abdullah dan dibantu 15 pensyarah terlatih.

Jelasnya, melalui program itu pelajar berpeluang memahami pengetahuan asas yang melibatkan Infrastruktur Rangkaian, Pembelajaran Mesin dan Data Raya yang digabungkan dalam pengkomputeran awan.

“Dengan pendekatan pembelajaran Self-paced, pelajar perlu mengambil masa selama 40 jam untuk memahami video, melakukan 32 praktikal makmal menggunakan platform ‘Qwiklabs’ dan melengkapkan empat ‘lab challenges’.

“Hasil akhir program ini seramai 43 pelajar berjaya menamatkan program dan layak memperolehi empat ‘quest badges’ serta empat ‘skill badges’ sekali gus membuktikan mereka kompeten dalam bidang Pengkomputeran Awan pada masa kini,” katanya.

perintis 1- DR Massila

perintis 2- SEBAHAGIAN peserta Google Cloud Computing Foundations (GCCF).

perintis 3- SERAMAI 43 pelajar berjaya memperolehi empat ‘Skill Badges’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1103
Kongsi :
Previous post Rasuah pengurusan jenazah: SPRM tahan 4 kakitangan hospital
Next post TYT rasmi Menara TNB Melaka
Ubah saiz-+=