
TYT saksi MoU antara CCM, KOKITA
BANDARAYA MELAKA 11 Jan – Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad (KOKITA) dan CCM Manufacturing dan Packaging SDN. BHD memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) disaksikan Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Perjanjian yang dimeterai di Hotel Majestic itu menyaksikan simbolik pertukaran dokumen perjanjian diwakili Pengerusi Eksekutif CCM, Yogeswaran Nadeson bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Dalam program sama, Mohd Ali turut menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Cara Pengiktirafan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) oleh Pengerusi Eksekutif SKM, Zazali Harun kepada Pengarah urusan CCM, Datuk Lim Sue Beng.
Acara kemudiannya diteruskan dengan pelancaran CCM Safe menyaksikan simbolik perasmian ditandatangani Mohd Ali sebagai gimik pelancaran program CCM Safe.
Program berkenaan merupakan pakej insurans yang dibangunkan CCM bersama VSure Tech Sdn Bhd sebagai penyedia platform insurans atas permintaan digital berlesen pertama oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF GARIS 3 LANDASAN UTAMA PACU PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 19 November - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menggariskan tiga landasan utama sebagai asas...
100 HARI PERTAMA: AB RAUF MAHU JENTERA KERAJAAN SEGERA GERAK MANIFESTO
SERI NEGERI 19 November - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh mahu seluruh jentera Kerajaan Negeri segera...
NADARAJAH MULAKAN TUGAS EXCO DENGAN MESYUARAT BERSAMA AGENSI BELIA
SERI NEGERI 19 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, S. Nadarajah akan mempengerusikan mesyuarat bersama agensi berkaitan belia...
BAN HONG MULAKAN LANGKAH TERAJUI PORTFOLIO KESIHATAN
SERI NEGERI 19 November - Mengadakan pertemuan bersama jabatan dan agensi berkaitan kesihatan bagi merangka pelan tindakan segera menjadi gerak...
MANDAT BAHARU BUKAN TIKET SELESA, AB RAUF TUNTUT KERAJAAN MELAKA BEKERJA LEBIH KERAS
SERI NEGERI 19 November - Mandat baharu yang diberikan rakyat bukan tiket untuk berasa selesa, sebaliknya menuntut seluruh barisan pentadbiran...
‘WAJAH’ BAHARU PELANCONGAN MELAKA JADI MISI FAIRUL NIZAM
SERI NEGERI 19 November - Meninjau sendiri kawasan pelancongan serta bertemu penggiat industri pelancongan menjadi antara gerak kerja awal Datuk...
