TYT santuni penghuni Rumah Anak Yatim Darul Aitam

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PERNU 3 April. – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini, berbesar hati menyempurnakan Program Jiwa Murni anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Melaka bertempat di Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam Bukit Pegoh, di sini.

Tun Mohd Ali tiba di pekarangan Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam Kampung Bukit Pegoh kira-kira jam 10.50 pagi.

Ketibaannya disambut Yang Dipertua MUBARAK Datuk Nazari Adzim bersama Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad dan jawatankuasa tertinggi MUBARAK serta penghuni rumah anak yatim berkenaan.

TUN Mohd Ali menghadiri Program Jiwa Murni anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Melaka di Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam Bukit Pegoh.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Program Jiwa Murni bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu rumah anak yatim yang dibina pada 1988 itu supaya ia dapat diuruskan dengan baik dan memberi keselesaan kepada penghuninya.

Sebanyak RM50,000 telah disumbangkan MUBARAK Melaka dalam majlis itu dan replika cek telah disampaikan kepada Pengerusi Rumah Anak Yatim Darul Aitam.

Selain itu, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada 60 anak yatim yang disampaikan sendiri Tun Mohd Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1023
Kongsi :
Previous post 264,584 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19
Next post MIC diminta utamakan politik perpaduan, bukan pecah belah
Ubah saiz-+=