Ujian sambut Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

ASAHAN 30 Mac – “Jujurnya apabila diuji sebegini saya hampir putus asa, namun kata-kata semangat diberikan YB (Yang Berhormat) membantu saya untuk kembali kuat,” itu kata Yusaini Ibrahim.

Yusaini, 46, sebelum ini sihat tubuh badan dan dapat bergerak bebas menguruskan aktiviti hariannya termasuk bekerja diuji secara tiba-tiba apabila mengalami strok menyebabkan bahagian kiri badan lumpuh.

Katanya, apa yang terjadi memberi tamparan hebat dalam hidup memandangkan ia berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Ramadan.

“Sebelum ini saya memang tidak, langsung tidak ada tanda-tanda menghidap sebarang penyakit hinggalah tiba-tiba diserang strok.

“Melihat keadaan saya yang sudah terbaring di lantai rumah, ahli keluarga segera menelefon ambulans untuk membawa saya ke Hospital Jasin dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Melaka disebabkan keadaan saya ketika itu agak membimbangkan kerana terdapat pendarahan dalam kepala,” katanya.

Dia ditemui di rumahnya di Felda Bukit Senggeh, ketika lawatan Ziarah Kasih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan, semalam.

Menurutnya, Fairul Nizam banyak memberi kata semangat buat dirinya untuk terus bangkit malah turut meluangkan masa menziarahinya walaupun mempunyai jadual yang padat.

“Dua kali dia datang menziarahi saya, ketika di hospital dan kali ini. Sudah semestinya dalam keadaan seperti ini saya memerlukan sokongan orang sekeliling selain daripada ahli keluarga.

“Selain kata semangat dia juga banyak memberi nasihat kepada saya, keprihatinan itu menyentuh hati saya,” katanya.

Terdahulu, dalam lawatan itu Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri turut menyampaikan sumbangan kepada Yusaini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

141
Kongsi :
Previous post Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok – Ketua Polis Selangor
Next post Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights
Ubah saiz-+=