
UMNO amal sikap terbuka terima mana-mana individu
AYER KEROH 31 Oktober – UMNO Melaka mengamalkan sikap terbuka sekiranya terdapat mana-mana individu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen membantu kempen Barisan Nasiona (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata parti itu secara dasarnya dalam politik tiada musuh dan kawan yang kekal serta tegasnya UMNO Melaka mengamalkan sikap terbuka.
“Jadi kalau ditanya apakah UMNO mempunyai sikap terbuka (terhadap) keputusan dibuat oleh Mohd Rafiq, UMNO bersikap terbuka.
“Kerana dalam politik tiada musuh mahupun kawan yang kekal. Siapa yang nak datang menyokong kita persilakan,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka.
Beliau berkata demikian pada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Barisan Nasional (BN) negeri di sebuah hotel di sini malam ini.
Semalam, Mohd Rafiq mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam Bersatu termasuk sebagai Naib Presiden Bersatu serta Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tangga Batu dan mengambil tindakan keluar dari parti berkenaan berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu diambil selepas Perikatan Nasional (PN) tidak mencalonkan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Tangga Batu walaupun sudah enam tahun berkhidmat di kawasan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAHUN BAHARU CINA: ETS SEDIA 12 TRIP LALUAN JB-KL-JB DI STESEN BATANG MELAKA
ASAHAN 12 Februari - Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menambah enam lagi trip perjalanan menjadikan 12 trip keseluruhan sempena musim perayaan...
MPHTJ RAIH 27 ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2025
AYER KEROH 12 Februari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima Anugerah Khas sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) 'Paling...
PASAR MALAM TAMAN RAMBAI UTAMA KEKAL JADI TUMPUAN SELEPAS DUA DEKAD
PAYA RUMPUT 12 Februari - Selepas dua dekad Pasar Malam Taman Rambai Utama, masih menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk mendapatkan...
HOHO CRUISE SUNGAI MELAKA PACU KONSEP ‘PAY LESS SEE MORE’
DUYONG 12 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkukuh kerjasama strategik bersama pemain industri pelancongan di negeri...
MTD PROPERTIES RAI PEMILIK BAHARU RUMAH MAMPU MILIK BERKUALITI TINGGI DI AYER KEROH
AYER KEROH 12 Februari – MTD Properties meraikan kejayaan projek perumahan MTD Cinerea Heights dengan penyerahan kunci rumah (Vacant Possession)...
PERCUTIAN NOSTALGIA RUMAH KAMPUNG TENGAH BANDAR
KOTA LAKSAMANA 12 Februari - Mahu merasai pengalaman bercuti sambil mengimbau nostalgia menginap di rumah tradisional, namun mahukan lokasinya berada...
