
UMNO Melaka bantu kempen PRN Negeri Sembilan
DURIAN TUNGGAL 4 Julai – UMNO Melaka akan menghantar bantuan jentera pilihan raya ke Negeri Sembilan bagi membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan pada bulan hadapan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata jentera Melaka akan membantu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersempadanan dengan Melaka.
Katanya, tumpuan pembahagian tugas pada PRN itu akan melibatkan kawasan Rembau, Tampin, Gemenceh, Linggi dan Port Dickson.
“Melaka akan membantu Negeri Sembilan, dan kita telah pecahkan mengikut Parlimen masing-masing untuk membantu pada PRN.
“Saya masih belum mendapat perincian berapa kerusi DUN yang akan dipertandingkan, bagaimanapun jentera Melaka akan membantu Negeri Sembilan melibatkan kawasan-kawasan Negeri Sembilan yang bersempadan Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan di lokasi cadangan pelaksanaan inisiatif ‘No Right Turn’ di persimpangan Stadium Hang Jebat di sini hari ini.
Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Exco Pelancongan, Warisan, Seni da
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN RAMADAN PERKASA PERANAN MASJID DAN SURAU DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 14 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM467,000 kepada Parlimen Alor Gajah bagi diagihkan kepada 33 masjid kariah...
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...
INISIATIF PERKASA BELIA MELAKA TERUS DIPERTINGKAT – KM
KUALA LINGGI 14 Mac - Kerajaan Negeri memberi tumpuan serius terhadap usaha memperkasa potensi anak-anak muda di negeri ini menerusi...
LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL
AYER LIMAU 14 Mac - Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang...
‘RUMAH KEK’ KAMPUNG LANJUT MANIS
PAYA RUMPUT 14 Mac – Bermula dengan percubaan kecil di dapur ketika masih menuntut pada usia 20 tahun, Ainin Tasnim...
KITARECYCLE MELAKA KUMPUL LEBIH 800 TAN SISA KITAR SEMULA
KLEBANG 13 Mac - Program KITARecycle yang dilaksanakan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) merekodkan kutipan lebih 800 tan barangan...
