UNIMEL bakal dinaik taraf kepada Universiti Islam Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

AYER KEROH 18 Disember – Universiti Melaka (UNIMEL) bakal melalui pra pemulihan selama 24 bulan sebagai usaha untuk dinaik taraf kepada Universiti Islam Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, gedung ilmu berusia lebih 30 tahun itu perlu melalui fasa pemulihan untuk menjadi sebuah universiti yang berasaskan Islam di Selatan tanah air.

Katanya, penambahan nama Universiti Islam Melaka itu sudah dilaksanakan dan kini sedang menunggu kelulusan, sebelum ia direncana menjadi universiti yang memberikan peluang pengajian kepada anak-anak dalam kalangan keluarga B40.

“Saya bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah UNIMEL dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan bersama-sama bergerak ke seluruh negeri untuk membuat promosi dan kita akan bekerjasama dgn Jabatan Agama Islam negeri-negeri lain untuk menarik pelajar dalam kalangan keluarga B40 masuk ke UNIMEL.

“Universiti yang berusia lebih 30 tahun ini akan dijadikan gedung ilmu berasaskan Islam namun ia perlu melalu pra pemulihan yang akan mengmabil masa 24 bulan untuk dijadikan sebuah universiti pilihan.

“Saya berharap UNIMEL bangkit menjadi pilihan pelajar yang tidak dapat masuk ke universiti tier 1, tier 2 dan tier 3, dan seterusnya sedia memayungi pelajar-pelajar ini tanpa merendahkan kualiti pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi UNIMEL, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Timbalannya, Rosli Abdullah.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara merangkap Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Senator Datuk Mustafa Musa; Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora; Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), Masrul Faizal Mohamad; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Muhammad Ikram Ibrahim serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2396
Kongsi :
Previous post Lebih 200 kakitangan diraikan pada Majlis Apresiasi UNIMEL 2023
Next post UNIMEL jadi Pusat Rujukan Penyembelihan ikut syariat Islam
Ubah saiz-+=