Lebih 200 kakitangan diraikan pada Majlis Apresiasi UNIMEL 2023

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 18 Disember – Lebih 200 kakitangan Universiti Melaka (UNIMEL ) diraikan pada Majlis Apresiasi UNIMEL 2023 yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.

Majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada kakitangan pusat pengajian tinggi tersebut yang cemerlang dan bidang pentadbiran dan akademik itu dan ia turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Timbalan Exco, Rosli Abdullah.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara merangkap Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Senator Datuk Mustafa Musa; Naib Canselor Unimel, Prof.Datuk Dr.Mohd Taib Dora; Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), Masrul Faizal Mohamad dan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Muhammad Ikram Ibrahim serta kenamaan lain.

Majlis tersebut turut memberi penghormatan kepada 45 individu menerusi 12 anugerah mengikut kategori masing-masing.

Antara anugerah yang diberikan termasuk tiga Anugerah Utama; tiga Anugerah Khas Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Pembangunan Korporat;penyampaian dua Geran Penyelidikan dan 10 Anugerah Penyelidikan, Penerbitan, Perundingan, Inovasi dan Kreatif dan Khidmat Masyarakat.

Turut diberikan kepada tiga penerima hadiah bersara dan 12 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Difahamkan, majlis tersebut merupakan pengiktirafan bagi meraikan dan memberi penghargaan atas kejayaan kakitangan Unimel dalam bidang pentadbiran dan akademik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1053
Kongsi :
Previous post Polis nafi beri layanan istimewa kepada pegawai kanan polis
Next post UNIMEL bakal dinaik taraf kepada Universiti Islam Melaka
Ubah saiz-+=