Unimel dijangka terima 1,000 pelajar baharu

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KUALA LINGGI – Lebih 500 pelajar baharu mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Melaka (Unimel), di sini hari ini.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah berkata, secara keseluruhan Unimel dijangka menerima 1,000 pelajar baharu menerusi beberapa sesi pendafaran sepanjang bulan ini.

“Sekarang ini Unimel masih menunggu keputusan pelajar untuk memasuki universiti. Difahamkan keputusan Unit Pusat Universiti (UPU) atas talian telah dibuka hari ini (semalam).

“Kita menjangkakan lebih 1,000 pelajar seluruh negara khususnya anak tempatan akan menyambung pengajian di Unimel yang merupakan gerbang pembangunan modal insan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program Minggu Mesra Siswa (MMS) di Dataran Ibnu Khaldun, Unimel.

WhatsApp Image 2023-07-03 at 16.27.15
ROSLI beramah mesra bersama ibu bapa dan pelajar pada taklimat diadkaan selepas perasmian MMS.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi berkata, Kerajaan Negeri tetap akan meneruskan pemberian insentif RM1,000 kepada mana-mana anak jati Melaka yang melanjutkan pengajian ke Unimel.

Katanya, insentif itu mampu membantu keluarga pelajar melakukan persediaan sebelum mendaftar ke Unimel.

“Ini antara kaedah untuk menarik anak Melaka memilih Unimel. Kita harap dengan pembentukan Unimel sebagai universiti di Melaka ini ia mampu membentuk anak jati Melaka yang mempunyai pendidikan tertinggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4443
Kongsi :
Previous post AKMAL diiktiraf anjur kursus integriti peringkat antarabangsa
Next post Teruja bergelar mahasiswa Unimel
Ubah saiz-+=