Usaha bersama pastikan sistem kesihatan negeri tidak lumpuh

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDARAYA MELAKA 10  Julai – Pelbagai langkah diambil kerajaan negeri bagi memastikan sistem kesihatan negeri tidak terganggu berikutkan penularan jangkitan COVID-19 semakin membimbangkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, penempatan hospital daerah bagi pesakit COVID-19 dan pembukaan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) begitu relevan bagi memastikan kelancaran sistem kesihatan negeri mampu dicapai bagi merawat pesakit di negeri ini.

“Kita sedia maklum bahawa keadaan Hospital Melaka yang semakin kritikal membuatkan pelbagai langkah diambil bagi memastikan sistem kesihatan negeri tidak jatuh dan terganggu.

“Dalam keadaan sukar ini mana-mana negeri mengalami keadaan sama jadi kita minta masyarakat di luar sana agar peka dengan situasi berlaku dan perlu mengambil serius dalam langkah mengekang penularan COVID-19.

“Langkah yang diambil ini adalah bagi mengekang keluh kesah rakyat dalam keadaan sukar dan ia bagi memastikan untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di Hospital Melaka,” katanya.

SULAIMAN (tengah) menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk di Kampung Chetti dalam lawatannya pagi tadi.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas menyantuni beberapa kediaman penduduk di Kampung Chetti dan Kampung Jawa, di sini pagi tadi.

Menurut Sulaiman, beliau mahu rakyat lebih serius melawan COVID-19 dengan mematuhi setiap peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

“Kita sedar dalam keadaan sukar ini kita tidak mahu semua pihak terganggu berikutan banyak jangkitan baharu direkodkan, rakyat perlu peka untuk memutuskannya dengan lindungi diri daripada penularan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

392
Kongsi :
Previous post Tiada propaganda dalam penyampaian maklumat COVID-19
Next post Jangan was-was dengan vaksin – Mufti Melaka
Ubah saiz-+=