
Usul pindaan Perlembagaan UMNO tangguh pemilihan parti lulus – Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, 15 Mei – Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini sebulat suara meluluskan usul meminda Perlembagaan UMNO yang antara lain membolehkan pemilihan parti diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau.
“Diluluskan pindaan perlembagaan dengan sebulat suara oleh perwakilan dalam #Dewan Merdeka, #WTCKL pada 15/5/2022. Alhamdulillah,” katanya menerusi ciapan terbaharunya.
Usul pindaan itu yang membabitkan Fasal 10.16, Fasal 15.3 dan Fasal 18.2 terdahulu dibentangkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled di hadapan 2,586 perwakilan yang hadir.
UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas
Jika dihitung, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF PESAN JANGAN BIAR ‘AI’ ASUH HIDUP ANAK-ANAK
TANJUNG BIDARA 17 September - Generasi muda perlu dididik untuk menguasai kecerdasan buatan (AI), bukannya membiarkan teknologi itu mengambil alih...
LEBIH RM7.5 JUTA MANFAATKAN 5,775 PENERIMA BANTUAN MESRA KEBAJIKAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM7.53 juta menerusi pelbagai jenis bantuan yang memberikan manfaat buat...
WARGA EMAS, ANAK AUTISME ANTARA AGENDA KEBAJIKAN KERAJAAN NEGERI
TANJUNG BIDARA 17 September - Warga emas dan anak-anak autisme antara kumpulan diberi perhatian menerusi agenda kebajikan apabila lebih RM98.78...
KEMAJUAN MELAKA AMBIL KIRA KESEJAHTERAAN SEMUA LAPISAN RAKYAT
TANJUNG BIDARA 17 September - Kemajuan Melaka bukan sekadar diukur menerusi pembangunan ekonomi, tetapi turut dinilai melalui sejauh mana kemajuan...
IKAN MALONG 2.73KG BAWA REZEKI HARI MALAYSIA BUAT PEMANDU LORI
KLEBANG 17 September - Bermodalkan hirisan ikan cabuk atau anak ikan parang sebagai umpan, pemandu lori, Muhammad Hairee Ali, 37,...
WRUR TANJUNG BIDARA: BENIH SAYUR PERCUMA CETUS SEMANGAT USAHAKAN KEBUN KECIL
TANJUNG BIDARA 17 September - Agihan anak pokok dan benih sayur-sayuran oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka mencetuskan semangat untuk bertani,...

