
Usul pindaan Perlembagaan UMNO tangguh pemilihan parti lulus – Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, 15 Mei – Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini sebulat suara meluluskan usul meminda Perlembagaan UMNO yang antara lain membolehkan pemilihan parti diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau.
“Diluluskan pindaan perlembagaan dengan sebulat suara oleh perwakilan dalam #Dewan Merdeka, #WTCKL pada 15/5/2022. Alhamdulillah,” katanya menerusi ciapan terbaharunya.
Usul pindaan itu yang membabitkan Fasal 10.16, Fasal 15.3 dan Fasal 18.2 terdahulu dibentangkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled di hadapan 2,586 perwakilan yang hadir.
UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas
Jika dihitung, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
38 PENIAGA RAIH MANFAAT, BAZAR DEEPAVALI RANCAKKAN EKONOMI LITTLE INDIA
BANDA HILIR 7 November - Seramai 38 peniaga mengambil bahagian dalam Bazar Deepavali di Little India yang berlangsung sehingga 7...
PRN MELAKA: MUAFAKAT MELAKA BERTERASKAN INTEGRITI, KEMAKMURAN DAN KEADILAN – ZULKIFLI
AYER KEROH 7 November - Gagasan Muafakat Melaka yang digerakkan menerusi kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berteraskan...
‘SATU BUMBUNG, SATU KELUARGA’ PEGANGAN PPPPK BANTU PENIAGA SAMUDERA
BANDAR HILIR 7 November - Berpegang kepada prinsip 'satu bumbung, satu keluarga', Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu (PPPPK) Cawangan...
PRN MELAKA: PENGALAMAN DEKATI MASYARAKAT JADI KEKUATAN ABDUL HAKIM
LENDU 7 November - Pengalaman luas mendekati masyarakat serta keprihatinan terhadap kebajikan penduduk menjadi antara ciri yang dihargai penduduk terhadap...
HAKISAN SUNGAI BERTAM ULU DIKHUATIRI ANCAM LEBUH SPA
SUNGAI UDANG 7 November - Masalah hakisan tebing Sungai Bertam Ulu bukan sahaja mengancam kediaman penduduk, malah berpotensi memberi risiko...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN TINGKAT KEYAKINAN RAIH KEMENANGAN BESAR – ISMAIL SABRI
ASAHAN 7 November – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16...

