Sorting by

×

UTeM-MIDA kongsi kepakaran teroka bidang IoT dan IR 4.0

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

DURIAN TUNGGAL 28 Jan- Seramai 11 wakil industri melibatkan pelbagai rangkaian perusahaan kecil dan sederhana (SME) berkongsi kepakaran bidang teknologi menerusi Program UTeM- Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Industry Roundtable 2022.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Ir. Dr. Ghazali Omar berkata, program dianjurkan menjurus kepada perkongsian pengalaman, maklumat berkaitan keperluan industri, kerajaan serta profesion kejuruteraan.

Katanya, ianya turut melibatkan perbincangan peluang kerjasama, perkongsian pengalaman dan teknologi terkini bersama pihak SME, agensi luar serta komuniti.

“Program ini turut mensasarkan input bersama industri dan agensi luar bagi menerokai bidang baharu yang berkaitan dengan aspek pembangunan ‘Internet of Thing’ (IoT) dan Revolusi Industri IR 4.0 yang boleh diterapkan dalam universiti serta komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program tersebut merupakan kesinambungan daripada tujuh program Mesyuarat Meja Bulat UTeM yang diadakan dari 2011 hingga 2018 yang berjaya menghimpunkan lebih 80 pemimpin dan pemain industri serta komuniti.

Program itu turut melibatkan MIDA, Pentavest Holdings Sdn. Bhd., Taiko Drum Industries Sdn. Bhd., WEO Optronics Sdn. Bhd., Juta Food Industries Sdn. Bhd., Ansell N.P. Sdn. Bhd., Omega Fabricatuion Sdn. Bhd., YF Packaging Sdn. Bhd., Boingtech Malaysia Sdn. Bhd., Muehlbauer Technologies (M) Sdn. Bhd. dan Koa Denko (M) Sdn. Bhd.

Sementara itu Pengarah Pusat Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Prof. Ts Dr Effendi Mohamad berkata berkata, program itu turut mempromosikan bidang kepakaran UTeM dalam bidang penyelidikan.

“Perundingan boleh dijalankan bersama bagi pembangunan sumber manusia menerusi latihan jangka pendek, program pemindahan ilmu (KTP) dan program kemasyarakatan berkaitan di samping IoT dan IR 4.0,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1516
Kongsi :
Previous post Mahkamah arah ‘Dr Ganja’ bela diri atas 39 tuduhan kes dadah
Next post My Rakyat: FAMA sasar nilai jualan RM3.5 juta tahun ini
Ubah saiz-+=