VALUES2021 terap nilai sivik belia

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

NILAI 23 April 2021. – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengorak langkah bagi memperkasa golongan belia melalui program Youth, Foresight and Civics Education (VALUES2021) yang memberikan pendedahan ilmu dan kemahiran berkaitan pendidikan sivik, kepemimpinan, kesukarelawanan, literasi kewangan dan literasi pemikiran masa hadapan.

VALUES2021 adalah projek usaha sama strategik USIM, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kedutaan Amerika Syarikat dan berlangsung selama setahun dari Januari lalu hingga hujung tahun ini.

Bertemakan โ€˜Penerapan Nilai Sivik dalam Pembentukan Insan Seimbangโ€™ program ini dirasmikan secara maya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri dalam majlis khas di Dewan Tuanku Canselor USIM, kelmarin.

Majlis turut dihadiri Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D. McFeeters dan Naib Canselor USIM, Profesor Datoโ€™ Dr. Mohamed Ridza Wahidin.

McFeeters (tengah) bersama Mohamad Ridza Wahiddin (kiri) dan Nor Fadhilah (kanan) bergambar kenangan bersama perserta VALUES2021.

Ketua Projek VALUES 2021 Dr. Norfadhilah Mohamad Ali menjelaskan VALUES 2021 meliputi siri latihan kepada belia lingkungan umur 16-25 tahun dan diterajui ahli projek terdiri daripada pensyarah USIM.

Katanya, pakar-pakar bidang daripada dalam dan luar USIM berkaitan isu-isu pendidikan sivik, kepemimpinan, kesukarelawanan, literasi kewangan dan literasi pemikiran masa hadapan turut terbabit projek itu.

“Program ini juga akan melibatkan sekolah-sekolah sebagai Sekolah Rakan VALUES 2021 dan penyertaan ini terbuka terutamanya sekolah agama kerajaan, kerajaan negeri atau swasta di luar bandar yang berminat.

“Objektif utama program ini adalah membentuk modul khusus dan latihan kepada belia mengenai kepentingan kesedaran sivik dalam hidup bermasyarakat, latihan kepemimpinan, kesukarelawanan, literasi kewangan dan literasi pemikiran masa hadapan.

“USIM berperanan membangunkan modul ini dan memberikan latihan kepada belia dengan menerapkan sudut pandang Islam berdasarkan konteks dan kesesuaian masyarakat Malaysia dan global,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, program itu diharapkan dapat menyumbang ke arah pembentukan belia yang berupaya memainkan peranan dalam masyarakat dengan baik, mempunyai pendedahan kepada perkembangan sekeliling dan dunia luar, selesa dalam kepelbagaian budaya dan berpotensi memimpin dalam apa jua bidang diceburi.

“Ia juga bertujuan membimbing belia berkaitan pengaruh fahaman yang bertentangan dengan keamanan, kebaikan sejagat dan keharmonian.

“Selain itu, program ini menyasarkan supaya kaedah pemikiran masa depan yang digunakan dalam latihan dapat disebar luas sebagai satu literasi penting pada abad ini,” katanya yang juga pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

785
Kongsi :
Previous post Ayuh! beri semangat atlet Sukan Olimpik Tokyo
Next post Keunikan berbuka puasa di lapangan terbang cetus fenomena baru
Ubah saiz-+=