Wakil pembangkang dalam MPN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KUALA LUMPUR 23 Julai – Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju menjemput wakil daripada parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan, Warisan and Pejuang sebagai ahli MPN.

Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat pertama MPN dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“MPN juga bersetuju untuk menjemput wakil dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk menganggotai Majlis.

“Kita turut mengalu-alukan kesediaan dan penglibatan pakar-pakar daripada pelbagai industri, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pakar-pakar ekonomi, sosial dan kesihatan yang bersetuju untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya keanggotaan wakil parti pembangkang, tokoh dan pakar dari pelbagai sektor itu akan memantapkan lagi keahlian MPN serta pelaksanaan PPN yang bersifat dinamik dan perlu diadaptasi berdasarkan situasi semasa.

“MPN berharap kepelbagaian pendapat dan kepakaran ini dapat menyumbang kepada pemerkasaan sektor kesihatan, peningkatan usaha vaksinasi.

“Selain penyelarasan pelaksanaan dan keberkesanan prosedur operasi standard (SOP) serta sokongan dan bantuan kerajaan dalam tempoh pemulihan,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, MPN juga akan menyampaikan maklumat berkaitan aspek PPN kepada rakyat secara telus dan mudah difahami melalui portal rasmi PPN yang akan dilancarkan pada 26 Julai.

Katanya, pakar-pakar daripada pelbagai industri itu adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Tan Sri Datuk Azman Mokhtar, Tan Sri Anthony Fernandes dan Prof. Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Selain itu, Datuk Seri Wong Chun Wai, Datuk Michael Kang, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, Datuk Dr Hartini Zainuddin dan Dr Sivakumar Thurairajasingam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

316
Kongsi :
Previous post JKM Melaka terima 929 permohonan bakul prihatin negara
Next post COVID-19 – Kes kematian di Melaka kekal dua digit
Ubah saiz-+=