
WANITA SEDANG BERKEBUN PARAH DIREMPUH KERETA ELAK KUCING
AYER KEROH 7 November – Seorang wanita parah dirempuh sebuah kereta ketika sedang berkebun di hadapan rumahnya, di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu dikatakan berlaku apabila pemandu sebuah kereta iaitu seorang wanita berusia 29 tahun dipercayai cuba mengelak seekor kucing.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian menyebabkan Toyota Yaris dipandu wanita berkenaan secara tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui hadapan rumah mangsa.
“Akibat daripada rempuhan itu mangsa terperosok ke bawah kereta namun tindakan pantas orang awam berjaya menyelamat dan membawanya keluar.
“Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan dia kini dimaklumkan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka kerana mengalami patah tangan, kaki dan pinggul,” katanya.
Menurut Christopher, kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu telah dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TANJUNG BIDARA: MAJLIS ILMU JADI SANTAPAN ROHANI JEMAAH UJONG PADANG
TANJUNG BIDARA 14 September - Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola bukan sekadar menyebut nama Baginda, sebaliknya keperibadian dan akhlaknya perlu...
10 MUALAF MAIM SEDANG DIUJI TERIMA ZAKAT WAKALAH RM5,000
PANTAI KUNDOR 14 September - Berdepan masalah kesihatan selain perlu menyara tanggungan keluarga, 10 asnaf mualaf menerima sumbangan zakat wakalah...
SAYANG ANAK DATANG DARI HATI, BUKAN PERANTI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 September - Ibu bapa diingatkan supaya tidak menyerahkan tanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kepada peranti teknologi,...
15 TAHUN SURAT ‘SESAT’ KE RUMAH JIRAN, KAMPUNG DIGITAL AKHIRI KEKELIRUAN ALAMAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Lebih 15 tahun surat dialamatkan kepada keluarganya sering tersalah hantar ke rumah jiran yang terletak...
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
