
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
IPOH, 17 Mei – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita berusia 80 tahun itu ditemukan di atas katil di rumah berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak petugas kesihatan.
“Mangsa yang tinggal seorang diri meninggal dunia bukan disebabkan lemas dan jiran mangsa yang memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata pihaknya menerima maklumat pada 9 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dengan bantuan BBP Taiping bergegas ke lokasi kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.58 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail dalam kenyataan berkata mangsa meninggal dunia disebabkan sakit tua.
“Kematian mangsa tidak berkaitan dengan sebarang unsur jenayah mahupun disebabkan banjir,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA, BUKTI MELAKA RIVER CRUISE SEMAKIN DIKENALI DUNIA
AYER KEROH 23 Jun - Produk pelancongan ikonik negeri, Melaka River Cruise mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa apabila meraih dua...
PELANTIKAN JABATAN, BAPA ANGKAT SUNTIK SEMANGAT ATLET SUKMA MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Inisiatif pelantikan bapa angkat dan jabatan angkat dilihat mampu membantu atlet Melaka untuk memberikan persembahan...
NUR JASMINE TEMUI ISLAM MELALUI KASIH IBU ANGKAT
KESIDANG 23 Jun - Perjalanan hidup Nur Jasmine Qaisara Lee Shin Yi, 25, memeluk Islam sejak 2016 akhirnya membawa dia...
LPM SELESAI BINA 10 RUMAH TRANSIT
AYER KEROH 23 Jun - Sebanyak 10 unit rumah transit telah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) di seluruh...
RUMAH BAHARU HADIAH TERINDAH BUAT KHADIJAH
AYER KEROH 23 Jun - Selepas lebih tujuh dekad menumpang teduh di rumah pusaka yang semakin uzur dan tidak selama...
BULATAN PALING SIBUK DI MELAKA KINI LANCAR
KESIDANG 23 Jun – Keputusan berani memansuhkan penggunaan lampu isyarat di Bulatan Malim Jaya terbukti menjadi titik perubahan kepada penyelesaian...

