
Warga emas hilang dikhuatiri lemas di sungai
KESIDANG 9 November – Wanita warga emas berbangsa India dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Taman Merdeka Jaya, di sini, pagi tadi.
Mangsa berusia 75 tahun itu dilaporkan hilang di sekitar kawasan sungai kira-kira jam 7.30 pagi tadi, sebelum 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh serta BBP Melaka Tengah digerakkan ke lokasi pada jam 9.19 pagi.
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Zahrul Azha Mokhtar berkata, setibanya di lokasi anggota bomba bersama 8 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pencarian di kawasan darat dan sungai.
Bagaimanapun, katanya, mangsa masih gagal ditemui meskipun pencarian telah dilakukan sehingga lewat petang.
“Setelah membuat perbincangan bersama pihak PDRM dan ahli keluarga mangsa, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan,” katanya.
Menurut beliau, operasi tamat pada jam 5.44 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH NGAJI AS-SOLIHIN NADI PEMBANGUNAN UMMAH
MACHAP JAYA 31 Mei - Surau As-Solihin di Taman Kejora Kuala Sungga terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat pembangunan ummah dan...
MELAKA IKTIRAF PERANAN MEDIA SEBAGAI SUARA RAKYAT, NEGERI
BANDA HILIR 31 Mei - Pengamal media di negeri ini diiktiraf sebagai antara watak penting dalam menyampaikan berita dan maklumat...
WRUR BANDA HILIR: 90 PROGRAM, 1 MATLAMAT SANTUNI RAKYAT
BANDA HILIR 31 Mei - Hampir 90 program bakal mewarnai rogram Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
IBU BAPA SOKONG PENGESAHAN UMUR DEMI KESELAMATAN ANAK DI ALAM MAYA
BANDA HILIR 31 Mei – Pelaksanaan mekanisme pengesahan umur menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menerima sokongan ibu bapa...
BECA JADI ‘DUTA’ WRUR BANDA HILIR
BANDA HILIR 31 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir membuka tirai dengan...
PLATFORM MEDIA SOSIAL WAJIB PATUHI KOD BAHARU MULAI ESOK
BANDA HILIR 31 Mei – Penyedia platform media sosial yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia diwajibkan mematuhi Kod...
