Warga Melaka digalak jadi ejen perubahan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 13 April – Warga Melaka dialu-alukan untuk menjadi ejen perubahan dalam menyampaikan berita-berita yang sahih kepada kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee berkata, ia berikutan dalam era teknologi masa kini, ramai individu tidak bertanggungjawab gemar menyebarkan berita palsu dengan mudah.

“Bukan senang untuk agensi kerajaan memastikan berita palsu tidak tersebar kerana pada zaman ini sangat mudah bagi setiap individu itu sebarkan dan menerima maklumat.

“Jadi saya rasa tanggungjawab untuk mengekang berita palsu itu tidak terletak dalam tangan kerajaan sahaja, kita memerlukan ejen perubahan yang terdiri daripada warga Melaka sendiri.

“Justeru itu, saya mengalu-alukan seluruh warga negeri Melaka untuk menjadi ejen perubahan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Daerah Melaka Tengah di Penjara Pra Bebas Dusun Dato’ Murad, di sini, hari ini.

Hadir sama Penyelaras Japerun Ayer Keroh, Datuk Mohd Arif Mohd Yusa; Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Noor Adha Hashim dan Pengarah Penjara Pra Bebas Dusun Dato’ Murad Penolong Komisioner Penjara (PKP) Talha Hashim.

Pada program itu juga turut diadakan program cucian kereta secara percuma kepada 20 kenderaan terawal dan Jualan Rahmah Komuniti Madani.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2734
Kongsi :
Previous post Dua anggota polis mengaku tidak bersalah samun warga asing
Next post Polis klasifikasi kes kematian ibu dalam pantang sebagai mati mengejut
Ubah saiz-+=