
WRUR AYER MOLEK LAKSANA 100 PROGRAM, FOKUS GOLONGAN BELIA
SERI NEGERI 30 April – Lebih 100 program bakal dilaksanakan pada Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 10 Mei depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman berkata, memasuki siri ke-15, WRUR DUN Ayer Molek akan lebih berfokuskan kepada golongan belia selain pelbagai aktiviti membabitkan rakyat.
Rahmad yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, program tersebut boleh digunakan sebagai platform mengetengahkan bakat orang muda dalam DUN Ayer Molek.
“Ini peluang kita ketengahkan bakal anak muda dalam sukan permotoran yang semakin menjadi pilihan kini.
“Selain itu, kita memang laksanakan aktiviti lain seperti permainan sukan rakyat, kenduri rakyat, Hari Bertemu Rakyat (HEBAT) pada 5 Mei serta pelbagai lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Rahmad berkata, Majlis Penutupan Program WRUR DUN Ayer Molek akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada 10 Mei di Kompleks Japerun Ayer Molek.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOMITMEN BERTERUSAN MELAKA TANGANI RISIKO BANJIR
AYER KEROH 30 April - Komitmen Kerajaan Negeri untuk menangani risiko banjir diterjemahkan menerusi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)...
WRUR: PASTIKAN ADUAN RAKYAT DIPANTAU, DISELESAI SECARA MENYELURUH
SERI NEGERI 30 April - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diminta supaya terus melakukan pemantuan berhubung perkembangan aduan diterima...
VETERINAR ZOO MELAKA, ADIWIRA DI SEBALIK SANGKAR
AYER KEROH 30 April - Di sebalik sangkar taman haiwan ini, berdirinya sekumpulan adiwira yang memainkan peranan besar memastikan setiap...
TAMAN REKREASI MADANI RUANG RIADAH MESRA KOMUNITI
AYER KEROH 30 April – Pembangunan Taman Rekreasi MADANI (TRM) di Dataran Sejarah Ayer Keroh dijangka akan menghidupkan lagi kawasan...
SK MALIM JOHAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
AYER KEROH 30 April - Sekolah Kebangsaan (SK) Malim membuktikan kehebatan di pentas bahas apabila dinobat johan pada Pertandingan Bahas...
LEBIH RM300,000 DISALUR BAGI PEMBANGUNAN BELIA DUN LENDU
SERI NEGERI 30 April - Sebanyak RM387,885 disalurkan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bagi penganjuran aktiviti berkaitan sukan, pembangunan...
