Sorting by

×

WRUR SUNGAI RAMBAI TAMPIL PENDEKATAN CSR DEMI RAKYAT

Masa Membaca:58 Saat

SUNGAI RAMBAI 9 Julai – Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan jabatan dan agensi berkaitan banyak membantu menyediakan keperluan mendesak dan masalah membelenggu golongan kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Datuk Siti Faizah Abd Azis berkata CSR menjadi fokus utama pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Sungai Rambai.

Katanya, setakat ini program CSR dalam pelbagai bentuk sudah dilaksanakan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan GiatMARA Jasin.

“Kita bersama-sama turun padang menyantuni rakyat, selain singgah untuk bertanya khabar program turut melibatkan aktiviti gotong-royong untuk menceriakan persekitaran kediaman penerima sumbangan yang sudah dikenal pasti.

“Selain menghulurkan sumbangan dan menyelesaikan masalah program CSR juga menjadi medium untuk mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan komuniti setempat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas mengenai pembangunan di DUN Sungai Rambai, beliau berkata pelbagai projek infrastruktur terus dilaksanakan dengan jumlah peruntukan melebihi RM104 juta setakat ini.

“Walaupun banyak projek infrastruktur telah dilaksanakan, masih terdapat keperluan masyarakat yang perlu diberi perhatian dan akan terus kita usahakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

403
Kongsi :
Previous post HAMPIR RM1 JUTA NAIK TARAF PASAR WILAYAH TAMAN KOTA LAKSAMANA
Next post BUDAYA KERJA DI MELAKA JELAS, KERAJAAN TIDAK HANYA TUNGGU DI PEJABAT – KM