Wujud DUN belia, rancakkan aktiviti orang muda – KM

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 3 Jan – Kerajaan negeri bakal mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) belia bagi merancakkan lagi aktiviti-aktiviti melibatkan belia di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pengwujudan DUN Belia itu berfungsi seperti Parlimen Belia seperti yang terkandung di dalam Manifesto BN.

“Dalam manifesto kita sebelum ini belia digalakkan diberi tempat di dalam kerajaan dan kita juga bakal menubuhkan DUN belia Negeri Melaka sepertimana yang terkandung di dalam kita punya manifesto.

“Saya dah maklumkan tadi dengan pengarah belia dan sukan negeri dengan Presiden Belia Melaka kaedah bagaimana kita memperhalusi untuk kita adakan DUN belia Melaka.

“Fungsinya sama juga seperti mana parlimen belia dan setiap kawasan mesti diwakili oleh satu belia DUN, mereka juga ada portfolio yang terdapat dalam kerajaan negeri, mereka juga akan melantik Speaker dan Timbalan Spekaer seperti terdapat dalam DUN Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Sidang 1 Penggal Ke-33 Sesi 2021-2022 di Hotel Mudzafar di sini, hari ini.

Pada masa sama, Sulaiman telahpun mengadakan perbincangan bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri untuk berbincang bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) mewujudkan lebih banyak kawasan belia.

“Kita boleh perbanyakkan lagi kawasan-kawasan belia di Negeri Melaka untuk mereka beriadah, bersukan, berniaga di kawasan PBT, berbusker, melukis dan sebagainya.

“Kaedah pemilihan DUN belia kita serahkan kepada JBS, yang mana dah pegang jawatan sebagai ahli majlis kita bagi peluang kepada orang lain untuk menjadi DUN belia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1344
Kongsi :
Previous post Banjir: Rezeki ikan betuk dalam musibah
Next post Banjir: 28,287 mangsa sudah terima bantuan wang ihsan – PM
Ubah saiz-+=