Wujudkan pelancongan kulinari ‘Tukar-Tukar Rasa’

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BANDARAYA MELAKA 10 Disember – Kerajaan Negeri dalam usaha mewujudkan satu pakej pelancongan kulinari ‘Tukar-Tukar Rasa’ bersama Provinsi Riau, Indonesia menjelang tahun 2035.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata pakej itu meliputi percutian dua malam di Melaka dan Riau yang memfokuskan pelancongan kulinari.

“Kita telah berbincang dan ada satu persefahaman antara kerajaan Riau dan Melaka di mana kita akan membuat satu pakej ‘Tukar-Tukar Rasa’ bermula 2023 .

“Mungkin akan ada pakej kecil, sederhana dan besar kita laksanakan, contohnya dua malam di Provinsi Riau dan dua malam di Melaka sebagai pertukaran.

“Pakej ini juga memberi penekanan tentang pelancongan kulinari dan kita akan membuat akur janji persefahaman yang mana kita akan mempromosi pakej Riau di Melaka dan Riau mempromosi pakej percutian Melaka di tempat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Riau Tourism 2022 di The Shore Shopping Gallery di sini, hari ini.

Hadir sama Kepala Dinas Pariwisata Provinsi Riau, Roni Rakhmat; Kepala Dinas Kesehatan Provinsi Riau, Zainal Arifin; Kepala Disbudpar Kota Pekanbaru, Doktoranda Masriya dan Pengarah Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.

D74FBB28-6225-4111-B6A1-2532538A60CA
ANTARA gerai pameran disediakan oleh Provinsi Riau

Ujarnya dengan pelaksanaan pakej itu Melaka dijangka dapat menarik 10 peratus daripada sembilan juta penduduk di Provinsi Riau.

“Kita sedia maklum Riau agak besar daerah dan kawasannya dengan populasi dengan sembilan juta penduduk berbanding Melaka hanya sejuta penduduk.

“Kita rencanakan tahun hadapan atau mungkin pada bulan April selepas hari raya Aidilfitri, dalam pakej ini kita mencari persamaan antara Riau dan Melaka untuk dikongsikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1494
Kongsi :
Previous post Kecemerlangan MPHTJ raih anugerah mampu tarik pelabur ke Ayer Keroh
Next post Kebocoran data penumpang AirAsia: Siasatan awal dapati berlaku serangan siber – Fahmi Fadzil
Ubah saiz-+=