
Yakin Melaka United bangkit semula – Rauf
AYER KEROH 11 Okt. – “Saya yakin pasukan bolasepak Melaka boleh bangkit semula dalam Liga Malaysia yang akan datang,” kata Penasihat Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, hari ini.
Beliau menyifatkan kekalahan Melaka United 0-5 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Super malam tadi berpunca daripada faktor semasa yang menjejas prestasi pemain.
“Saya lihat prestasi pasukan bola sepak Melaka menurun mungkin atas faktor semasa dan suasana tidak menentu.
“Masalah wabak COVID-19 juga mungkin menyebabkan ramai dalam kalangan pemain tidak bersedia dari segi mental,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutab Hari Jadi Ke-71 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Negeri, hari ini.
Rauf berkata, Melaka United diyakini akan menunjukkan satu prestasi yang baik dalam satu pasukan dan pemain yang bakal dipilih untuk mewakili Melaka.
“Saya harap ketua pasukan, jurulatih dan juga pengurus pasukan untuk bersedia menghadapi Liga Malaysia tahun depan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
