Yakult mahu ibu fokus utamakan kesihatan

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

PAYA RUMPUT 14 Mei – Program Ibu Sihat, Keluarga Bahagia menjadi platform kepada para ibu mempelajari cara menjaga kesihatan diri sambil mengurus keperluan keluarga.

Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd Hiroki Yanase berkata, menerusi program itu ibu-ibu di Melaka dihimpun dan diraikan atas sumbangan serta jasa mereka terhadap keluarga.

“Ibu-ibu perlu mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan mereka untuk wujudkan keluarga lebih bahagia selain komuniti yang lebih kuat.

“Menerusi program ini, kita boleh memupuk ibu-ibu ini untuk belajar dan memperoleh ilmu yang bermanfaat.

“Program Ibu Sihat, Keluarga Bahagia turut memperingati pengorbanan para ibu untuk keluarga mereka terutamanya pada Sambutan Hari ibu hari ini,” katanya.

IMG_0946
Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroki Yanase (lima dari kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir pada Program Ibu Sihat, Keluarga Bahagia di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak, Melaka. Turut sama Pengurus Kanan Jabatan Perhubungan Awam Yakult Malaysia, Lim Siew Ling (empat dari kanan) dan Guru Besar SK Tanjung Minyak, Abdul Rahman Mat (lima dari kanan). Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Ibu Sihat, Keluarga Bahagia di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak, di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Kanan Jabatan Perhubungan Awam Yakult Malaysia, Lim Siew Ling dan Guru Besar SK Tanjung Minyak, Abdul Rahman Mat.

Katanya, program itu memberi pendedahan tentang kepentingan kesihatan ibu dengan menitikberatkan penjagaan diri mereka supaya boleh menjaga orang tersayang dengan lebih baik.

“Para penceramah juga berpeluang berkongsi kepakaran mereka melalui sesi ceramah pameran interaktif dan sesi perbincangan.

“Kejayaan program ini bukti betapa pentingnya untuk menghargai jasa ibu, kita perlu menyokong ibu ketika mereka mengharungi cabaran kehidupan seharian,” katanya.

IMG_0947
Tetamu yang hadir merasai minuman yakult pada Program Ibu Sihat, Keluarga Bahagia di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak, Melaka. Foto: MR. AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1064
Kongsi :
Previous post Rindu 42 tahun terlerai
Next post Muzium Bomba suntik daya tarikan pelancong ke Melaka
Ubah saiz-+=