Zoo Melaka rekod RM800,000 nilai jualan tiket – Shadan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 17 Okt. – Zoo Melaka merekodkan lebih RM800,000 nilai jualan tiket bermula 1 Oktober sehingga 16 Oktober (semalam).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, nilai itu direkodkan berikutan peningkatan mendadak pengunjung ke taman haiwan itu sehingga 3,500 orang sehari.

“Dalam tempoh 16 hari saja kita terima lebih 10,000 pengunjung ke Zoo Melaka dan pendapatan kita pun menjangkau RM800,000 hingga RM900,000.

“Kita dapat lihat peningkatan harian dari 1 Oktober sehingga semalam mencecah ke 3500 orang sehari.

“Sebenarnya ramai lagi nak masuk Zoo Melaka tapi kita terpaksa kawal sebab ikut prosedur operasi Standard (SOP), bila terlalu ramai nanti kita takut tidak mematuhi SOP,” katanya.

SHADAN. Foto fail.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Op Gerak Gempur Pembersihan Kawasan Ayer Keroh di Dataran Sejarah, hari ini.

Dalam pada itu, Shadan berkata, sebanyak 30 projek telah dirancang di bawah kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Ayer Keroh.

“Setakat ini 70 peratus daripada keseluruhan projek telah kita siapkan kecuali 30 peratus lagi melibatkan projek-projek yang besar.

“Ini membuktikan bahawa kawasan Ayer Keroh adalah tempat pelancongan. Ramai pengunjung datang di sini tak mahu pergi ke bandar lagi kerana pelbagai kemudahan disediakan,” katanya lagi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

962
Kongsi :
Previous post Berwaspada dengan penipuan kewangan dalam era digital
Next post PM minta warga pendidik segera dapatkan vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=