
Zuraida tumpas, tiga menteri kabinet pertahan kerusi
KUALA LUMPUR, 20 November – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin tewas dalam percubaannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ampang di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun rakan Kabinet beliau yang lain seperti Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Sembrong manakala Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempertahankan kerusi Parlimen Ayer Hitam, kedua-duanya di Johor.
Selain itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kapit di Sarawak.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI BUKAN SEKADAR SINGGAH, BAWA SINAR BUAT RAKYAT SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Daripada rumah yang uzur kepada anak-anak yang mengejar cita-cita, pelbagai denyut nadi rakyat Serkam menjadi perhatian...
KHIDMAT UNTUK RAKYAT TIDAK BERNOKTAH, TIDAK KIRA MUSIM – KM
SERKAM 27 Ogos - Khidmat Kerajaan Negeri Melaka kepada rakyat tidak pernah bernoktah dan tidak dilaksanakan mengikut musim, tegas Ketua...
BN MELAKA KEKAL PENDIRIAN PERTAHAN 21 KERUSI – AB RAUF
GADEK 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka kekal dengan pendirian untuk bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
TOK RAUF BERAZAM BINA ‘TITIAN KEJAYAAN’ UNTUK ANAK MELAKA
SERKAM 27 Ogos - Kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terus memberi tumpuan kepada usaha membina masa...
ENAM RESOLUSI JADI KERANGKA KAMPUNG DIGITAL MELAKA 2.0
GADEK 27 Ogos - Enam resolusi dicapai pada Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka membentuk kerangka tindakan menyeluruh bagi...
KAMPUNG DIGITAL: BUKTI MELAKA BERANI JADI PENCETUS PEMBAHARUAN
GADEK 27 Ogos - Kejayaan Kampung Digital membuktikan keberanian Melaka menjadi pencetus kepada pembaharuan serta memiliki keupayaan untuk merealisasikan inisiatif...
