10 kubur rosak dihempap pokok

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

REMBIA 19 Mac – Kira-kira 10 kubur di Tanah Perkuburan Islam Bandar Alor Gajah di sini, rosak selepas dihempap sebatang pokok besar yang tumbang dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat sejak minggu lalu.

Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Arif Umar berkata, dalam kejadian pada waktu petang itu, beberapa pagar tanah perkuburan berkenaan turut musnah terkena dahan pokok itu.

“Puncanya angin terlalu kuat pada minggu lepas, pokok tersebut pula terlalu besar…kebetulan minggu lepas kawasan Alor Gajah memang kerap hujan dan ribut kuat.

“Selain 10 kubur yang rosak, ada beberapa pagar di kawasan tanah perkuburan itu juga rosak dihempap dahan pokok besar,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

ANTARA agensi terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan di tanah perkuburan berkenaan.

Ujarnya, kerja-kerja pembersihan tanah perkuburan itu mengambil masa seminggu bagi memastikan segala gerak kerja tersusun rapi.

“Setakat hari ini kerja-kerja pembersihan dah selesai, kita dapat kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Alor Gajah, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan SWM Environment.

“Sejurus dapat tahu kejadian ini, agensi terlibat terus susun gerak kerja mereka, alhamdulillah hari ini kerja-kerja pembersihan siap sepenuhnya,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1531
Kongsi :
Previous post Annuar Musa akui pernah berbeza pendapat, tapi tetap setia kepada UMNO
Next post Rahadiazli Rahalim digugurkan dari kem latihan Harimau Malaya selepas positif COVID-19
Ubah saiz-+=